Click Here!

Ai Burger Bakar ...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, April 7, 2012

    Semalam saya janji nak update entri pasal burger,kan? Haa... Ni dia burger bakarnya... Besarkan? Tengok kat fb tak dapat bayang burger bakar tu macam mana. So, berhajatlah nak merasanya. Bila dah tag kawan2 dan masing2 dok komen, terus janji berjumpa di sana. Lagipun dah lama tak jumpa sejak lepas belajar. Kami sampai awal dan lepak2 tunggu burger siap. Menggamatkan gerai dan bagi sokongan moral kat tokey. Macam2 cerita...

   Berbalik pada burger bakar,  memang kenyang betul la makan sebiji burger ni walaupun saya cuma try burger daging + cheese biasa. Harganya pun berpatutan dengan saiznya. Berbaloi la bila dah merasa burger bakar ni, sampai malam kenyang!

   Kawan saya dan isterinya ni baru jer launch burger ni kelmarin (5/4/12). Tapi masa saya datang tadi pun dah ramai yang Q untuk menikmati burgernya. Burger ni burger homemade, diadun dari bahan yang segar. Permulaan ini terdapat hanya burger daging dan ayam sahaja. Korang boleh try order burger biasa atau double speacial. Untuk lebih rasa best, boleh tambah bahan sampingan seperti telur dan cheese. Amacam? Teruja tak tengok burger ni? Kalau teruja gi cepat2 dapatkannya di tepi Stadium MPS, Selayang. Gerai ni bukak jam 6 petang dan tutup bila stok burger habis je tau. So, kalau nak try... Kena la cpt2 order. Ajak kawan2 dan sedara mara datang rasa burger ni. Tak silap, kat bunting tu ada nombor telefon. Boleh la call kalau tak jumpa cari gerainya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 2 komen... read them below or add one }

QASEH MANSYA said...

meme terliur...ntt mau pegi kalu dtg kl

Anonymous said...

oh.. burger bakar .. macam sedap jer..nanti ada lak burger goreng..huhu


err.. pasal button share kat kutu xlupa blog tu.. memang ada dua button share fb..maybe kena refresh..