Click Here!

Cerita Petang Semalam..

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, April 26, 2012

     Semalam, pulang je dari pejabat terus kejar ke tapak semaian.~ Ahaks! Tapak semaian la sangatt..kan? Bunyi tak mengalah, macam ke besar sangat je tapak tu. Padahal palung tepi tingkap ni je pun...


Dok kejar pun bukan pasal pe, pasal petang kelmarin hingga ke pagi lupa nak siram. Nak harap hujan pun, kalau lebat je baru tempias kena kat palung ni. Nasib baik tak mati kering anak2 pokok tu. Tanah pulak pakai tanah 1 Malaysia ni je, tak campur pulak dengan tanah satu lagi tuh.


Tanah ni macam pasir lebih walaupun tanah campuran. Cepat kering kalau tak siram 2 hari. Nak2 pulak waktu tengahari sekarang panas terik. Sian anak2 pokokku...
    Lepas siram, alihkan anak kacang panjang ke plastik tanah. Ni buat sementara je, sementara tapak kekal dia siap. Anak2 lobak putih pun alihkan juga dah alang main tanah tu, biar kotor sekali. Tak payah nak bersihkan tempat tu dua tiga kali. Lagipun anak2 lobak putih cepat betul membesar. Tak pernah lagi masak lobak putih ni, tak tau la masak resepi apa nanti.







Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 4 komen... read them below or add one }

Syira Qahira said...

salam

kat sini x de pula jual tanah 1 malaysia kat kedai rakyat tu..

bagus-bagus, boleh berjimat tanam sayur sendiri...

Aida Awie said...

sama je,rm2 jgak harganya dgn tnah2 lain kt kedai rm2 cma tanah ni tnh siap

adeque said...

salam...aida agak2lah klau 5 hari x siram anak pokok nie bleh mati ker..sedih plak nk tinggal blik kampung.mcmana nk buat ek...risaulah plak

Aida Awie said...

adeque, mmg sayang kalau tanaman yg kta jg selama ni mati begitu saja. saya sudah poskan entri brkenaan tajuk ini. adeque blh cuba praktikannya. kalau tanaman atas tanah cuba cara en. zul.