Click Here!

~Daiso Syurga Barangan Kebun/Taman Semurah RM5

Ditulis oleh Aida Awie on Sunday, April 8, 2012

    Akhirnya kesampaian juga nak menjejak kaki ke Kedai Daiso yang asyik disebut2 orang. Rupanya dah lama Daiso ni bertapak di Malaysia, saya je yang ketinggalan keretapi.

    Alkisahnya, tahu pasal kewujudan kedai ni pun dari komen di blog www.tanamsendiri.com tentang palung tanaman. Dari situ saya risik2 dari internet. Banyak betul informasi tentangnya yang ditulis oleh blogger2. Jadinya semalam saya bodek2 la hubby ajak jenguk Daiso. Memang hajat nak sangat tengok koleksi barangan kebun kat sana, lebih2 lagi kesemua barangannya berharga cuma rm5 jer. Itu yang rasa teruja sangat tu.

    Pujuk punya pujuk akhirnya hubby setuju tapi bersyarat juga la nak boleh pergi tu. Syaratnya, beli apa yang penting dan betul2 nak guna je. Emm... Saya ok je, terus setuju. Tapi bila dah masuk kedai tu, rasa macam nak menari tengok alatan kebun dan koleksi bekas menanam yang cantik2. Rasa nak je borong semuanya. Tapi alangkah... Hubby kat sebelah asyik laa dok remind pasal syarat dia tu. Nak tak nak ambil la yang betul2 penting je. Jadinya cuma 2 bekas menanam, 1 batang cangkul dan plastik polimer juga untuk menyemai anak pokok yang saya beli. Pastinya saya akan datang lagi ke kedai ni. Pasti!  :-P


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 2 komen... read them below or add one }

zamzurina zulkafli said...

ni daiso mana?

Unknown said...

salam... ini daiso di the curve.