Click Here!

Benih Kangkung Free

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, April 3, 2012

   Pagi Ahad lepas, masa rewang saya dapat batang kangkung. Agak banyak juga yang saya dapat memandangkan tuan rumah ada menyediakan menu pecal untuk santapan tetamunya. Kangkung tu dah pun saya tanamkan malam tadi. Terpaksa juga tanam waktu malam memandangkan pagi tak cukup masa dan petang pula masa dah terbuang di bengkel. Semua gara2 kereta yang meragam lagi. Saya niatkan, tuaian pertama akan saya kongsikan dengan tuan rumah. Itu tanda terima kasih saya padanya. Harap2 dalam sebulan lagi kangkung akan tumbuh dan membiak subur. Alhamdulillah...Hujan rahmat tiap2 pagi menyiram segala tanaman dan sayur dah jimatkan masa dan bil air saya. Semoga segala usaha saya menyahut kempen tanam sendiri tidak sia2 dan berhasil dengan jayanya. InsyaAllah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }