Click Here!

Teknik2 Pengairan Tanaman Sewaktu Balik Kampung

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, April 27, 2012

* Entri ni khas menjawab soalan adeque. Harap dapat membantu.

    Saya nak kongsikan beberapa teknik penyiraman tanaman berpasu sekiranya kita tiada dirumah dalam jangka masa lama. Mungkin juga ada yang pernah mencubanya sendiri atau sekadar terbaca mengenainya. Tidak dinafikan ada beberapa teknik yang memang terbukti dapat membekalkan sumber air kepada tanaman. Idea2 ini saya dapati dari beberapa blog tanaman seperti blog tanamsendiri dan blog inovasi en zul.
   


    Gambaran di atas saya ambil dari blog inovasi en zul. Saya simpan sebagai rujukan saya sendiri. Saya tak pernah lagi mencuba namun dari gambaran yang diberikan saya pasti ianya berjaya membekalkan sumber air.




   Gambaran di atas pula saya lukiskan sebagai gambaran teknik dari blog tanamsendiri.~Maaf la kalau lukisan tak menarik. Teknik in juga mudah dipraktikan. Alatan serta bahan pun lebih kurang dengan inovasi en zul. Caranya:-
1. Tali dibasahkan. Hujungnya diikat pada dawai untuk menarik tali menembusi tanah tanaman dan keluar semula melalui lubang bawah pasu.
2. Satukan kedua hujung tali dan masukan ke lubang kecil yang ditebuk di tengah penutup bekas air. Tarik lebihan tali agar buntut pasu rapat dengan penutup bekas air.
3. Isikan air di dalam mangkuk dan tutup supaya tiada nyamuk dapat bertelur di dalamnya.
   Selain itu, pasu2 bunga boleh dipindahkan ke tempat terbuka supaya mendapat hujan. Dah dok tempat terbuka, kalau tak hujan juga, boleh minta tolong jiran jiruskan dari laman rumahnya. Jadi tak la basah rumah kita kena jirus. Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 2 komen... read them below or add one }

adeque said...

terima kasih bg teknik nie. x jumpa pula masa baca kt blog tanamsendiri..rasanya mcm teknik hidroponik la nie kan...ok sy cuba buat..nk suruh jiran siram takut tercabut plak semaian sy nanti...almaklumlah tinggi pagar rum kami..terima kasih jg pada aida sbb syorkan guna tanah hri tu.semaian sy kali nie menjadi..tu yg risau nk tinggal lama2..hehe tq aida...

Aida Ab Jalil said...

sama2 adeque.. sekadar berkongsi info. saya pun nk letak link xjumpa cari dr blog tanam sendiri pasal tu dok lukih sendiri tu.. saya biasa guna siraman shower plh halus dan halakan muncungnya ke atas. biar air jatuh spt air hujan. tujahannya pun xkuat sgt bimbang merosakkan anak pokok. tapi itulah, kalau dah minta tlg jiran takkan nak mengarah siram begitu begini pulak,kan? hehe