Click Here!

Tips Melembutkan Daging

Ditulis oleh Aida Awie on Sunday, April 8, 2012


    Masak lauk apa tengahari ni? Saya masak daging masak kicap je.. Mudah dan sedap. Tapi kalau daging liat pasti membantutkan selera,kan?

   Tips memasak daging agar lembut adalah dengan memasak daging bersama sudu. Terus biarkan sudu terendam di celahan daging sehingga masakan siap. Mudahkan? Tips ni saya dapat dari keluarga mertua. Sehingga sekarang masih lagi mengamalkannya dan alhamdulillah ianya berjaya. Tak perlu guna serbuk pelembut daging yang dijual di pasaraya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 1 komen... read them below or add one }

Reena said...

Betul tu, saya pun dah selalu cuba buat macam ni. Tapi kena pastikan jugak daging tu dipotong merentas arah urat :)