Click Here!

Enzim Menggalak Pengeluaran Bunga

Ditulis oleh Aida Awie on Wednesday, April 18, 2012

    Pagi semua... Hari ni nak kongsikan tips untuk mempercepatkan pokok kita berbunga. Actually saya pernah kongsikan di Fb dan komen sebelum ni. Tapi tak pe, saya tulis pulak kat sini so korang tak perlu tercari2,kan?

    Ok, selalu kalau kita masak nasi dan berlebihan, kita buat apa? Buat nasi goreng? Itu kalau nasib baik la, nasi tak basi lagi. Kalau dah basi pun jangan buang... Sebab nasi tu masih ada gunanya lagi. Dengan syarat nasi tu tak bercampur dengan apa jua jenis minyak la. Kiranya nasi goreng yang basi tak boleh guna untuk menghasilkan enzim ni,ok.

   Tak mo citer panjang, kita ambil nasi tadi masuk dalam bekas dan tutup. Simpan sampai 4-5 hari lebih kurang nasi tu dah keluarkan air tapai dia atau nak lebih ekstrem lagi sampai keluar ulat la. Haha.. Yang ni memang hubby saya selalu bising la sebab nanti saya akan suruh dia tanamkan. Saya ni penggeli dengan segala jenis ulat atau cacing. Okey korek sket tanah keliling pokok tu dan tanamkan nasi tapai tadi. Bukan tapai kita buat makan tu tau. Yang tu masuk mulut dan telan. Jadi enzim untuk tumbesaran kita la pulak.. Boleh la letak kat pokok2 bunga mana yang payah sangat nak keluar bunga tu. Kat pokok buah pun boleh, pasal sebelum keluar buah mesti kena keluar bunga dulu,kan? Ok, tu je tips saya. Selamat mencuba ye.


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 3 komen... read them below or add one }

outbound malang said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Orang miskin bukanlah seseorang yang tidak mempunyai uang,
tapi ia yang tidak memiliki sebuah mimpi.,
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

Syaza Safar said...

Salam..wah idea yg menarik ni..kbtuln pokok bunga kertas dan orkid saya sgt segan untuk berbunga..blhlh cuba cara ini..tp klu untuk orkid mcm mn nk gali tanah ya? orkid saya dlm batu arang..huhuhu

Aida Awie said...

syaza, utk orkid lain caranya. ni petua mak saya dapat dr tukang kebun sekolah menengah kat muar. bunga orkid sekolah tu mmg marvelous la!!

sebaldi air basuh beras + baja kambing + 2 biji telur dgn kulit2 sekali(dihancur dulu). peram semalaman n jirus mcm biasa. bau mmg xboleh tahan la. tapi hasil mantopp!!

bunga kertas pulak kata orang kena tanam dalam pasu n jarang2 siram.sebab bunga kertas perlu cuaca panas n akar kering. kalau nk tanam dlm tanah pun dinasihatkan tanam dgn pasu2 sekali. seeloknya pasu seramik la..