Click Here!

Bagaimana Mengenal Jantina Betik

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, April 5, 2012



    Sampai rumah petang semalam, mak cik Yah belakang tanya samada nak peria tak? Peria dia memang menjadi. Saya terima jer, rezeki jangan tolak. Peria sedap digoreng garing celup tepung dengan rempah kari.

   Jadi saya kunci pintu depan, keluar pintu belakang pulak untuk ke rumah Cik Yah. Sambil2 dia memetik peria di laman belakang, saya tinjau anak betik depan pagar rumahnya. Banyak sungguh anak betik yang hidup, tapi kata mak cik banyak yang hidup tu betik jantan. Lalu saya tanyakan bagaimana mengenal betik jantan atau betina?

   Menurut petua Cik Yah, anak betik yang masih kecil boleh tengok dari akar semasa pengalihannya. Jika jantan akarnya lurus saja, jika betina pula akarnya bercabang atau berkembang. Bagi pokok betik yang sudah besar pula, betik jantan biasanya akan mengeluarkan gugusan bunga dan tidak akan berbuah seperti gambar pertama di atas.

Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 3 komen... read them below or add one }

suria lekatlekit said...

serius baru tau pokok betik pn ada jantina. :D

Puteri Purnama said...

terimakasih info ini, patutlah masa mengalih anak betik dapat tengok..akar tu ada yg berbeza, berakar lurus dan ada yg berserabut.hehehe..tq sis.

Aida Ab Jalil said...

lekat lekit: saya pun baru tahu..
putrie purnama: sama2. sekadar berkongsikan info.