Click Here!

Buah Ajaib a.k.a Sweet Berry

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, April 27, 2012

   Pernah dengar buah ajaib? Buahnya berbentuk lonjong sebesar ruas hujung jari kelingking dan berwarna merah. Buahnya ada rasa seperti manis2.

Nama saintifik tak pasti, tapi omputeh panggil Sweet Berry. Buah ni kalau dimakan, akan membuatkan buah2 yang berasid tinggi seperti limau menjadi manis. Rasa manis mampu kekal dalam jangka waktu tertentu. Saya pernah cuba dan ternyata memang limau kasturi tu terasa manis sedangkan limau kasturi tu masam sebelum makan sweet berry.


     Pokok sweet berry ni saya beli dari nurseri Floranika di Sg. Buloh dengan harga rm8. Pokoknya jenis berdaun rimbun. Memerlukan kekerapan membaja sekerap mungkin bagi membolehkannya berbuah.


   Pagi tadi selak2 juga daun rimbunnya mana tau ada buahnya,kan? Selama saya menanam pokok ini, baru 2 biji je buahnya yang keluar. Selak punya selak, tak nampak pun buahnya. Tapi ada macam kutilan di setiap dahannya. Tak pasti apa, tapi kalau tu tampuk bunga buah... Wah, heaven la!

Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }