Click Here!

Terung Pipit

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, April 19, 2012

   Sebelum ke ofis pagi ni, macam biasa la.. Mesti nak jenguk2 kebun belakang. Tengok perkembangan diorang. Nak tengok petang, selalu je hujan. Jadi memang pagi je dapat borak2 kejap dengan pokok2 tu. Bunyi macam kelakar je kan? Saya praktikan lepas baca kat blog tanamsendiri.com. Mula2 dulu segan jugak takut orang kata kita kurang waras pulak bercakap sorang2. Pokok terung pipit saya ni besar dan berbunga. Tapi entah apa silapnya bunga selalu gugur tak menjadi buah. Jadi masa tanamkan nasi kat pangkalnya saya bercakap2 la. Saya kata," Hari ni kau minum air beras dan makan nasi ye. Tapi ko bagi la aku rasa jugak hasil ko. Buahla lebat2, boleh aku kongsi sama jiran2. Kalau ko tak nak berbuah aku pun tak nak jaga ko lagi." Macam tu la saya cakap tiap kali siram atau bajakan dia. Tak lama pun, keluar bunga dan pagi ni dah  nampak banyak buahnya. Tak sangka juga. Mungkin betul la ada orang kata pokok2 ni faham apa kita kata. Semua ni rahsia Allah yang tak terjangkau oleh kita. Apapun bersyukur sangat sekarang dah jarang beli sayur.


P/S~ Petang ni rasa macam nak buat sambal terung pipit la. Hubby kata dia tak makan terung ni, kita tengok nanti apa kata dia lepas test food.


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }