Click Here!

Bunga Harum Sundal Malam

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, April 26, 2012

    Tadi singgah lagi di nurseri bunga kat Paya Jaras tempat beli ros jepun tu. Bukan pe, hari tu masa beli ros jepun terperasankan bunga ni. Cantik pulak bila tengok. Tapi nak beli masa tu, tak bawak cash lebih. Nurseri ni pula terima cash je, leret2 debit ni dia tak terima. Jadinya, disebabkan hari ni awal sket keluar rumah, jalan pun tak de la jemm teruk, singgah la sini. Beli 2 rumpun je. Serumpun harganya rm8, ada la tiga pokok dalam serumpun tu. Tinggi jugak pokok ni rupanya. Lebih kurang paras pinggang dewasa.

   "Kompom ini pokok bau wangi aa?" saya tanya kat bangla pekerja nurseri tu. Dia tunduk cium bunga yang sedikit kembang kemudian beria2 angguk dan jawab,"Konfem! Kaka kasi bau, sini ada sikit wangi. Tapi malam hari lagi kuat dia punya bau ada keluar." Saya tanya lagi,"Betul ka ini bunga nama harum sundal malam?" Saja nak test dia tau tak sebenarnya. Sekali dia jawab,"Ini orang kata hantu punya bunga. Pasal tu dia banyak kuat bau malam hari." Hiks! Hiks! Hiks! Mana punya teori da dia goreng. Kalau orang yang penakut dengar teori dia ni, kompom tak jadi beli.

   Petang ni nak alih ke dalam pasu. Biar dia membiak banyak sket, baru nak tanam sebaris kat taman tepi rumah. Pokok muraya tanaman pagar saya tu pun bila berbunga lembut je bau malam2. Jadi terapi stres, tapi orang tak biasa mesti tanya bau apa tiba2 mewangi je bila ada angin malam bertiup. Klakar juga bila kenang2 orang kita suka sangat percaya benda2 tahyul macam tu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 3 komen... read them below or add one }

atie said...

saya bru je bli pokok ni td kat yew garden paya jaras tu..blh x share cara pnjagaan pokok ni?td bangla tu suruh saya potong daun dia spya pokok tu tmbh lebat..tp nk tau cara jga spya bbunga.tq

atie said...

saya bru je bli pokok ni td kat yew garden paya jaras tu..blh x share cara pnjagaan pokok ni?td bangla tu suruh saya potong daun dia spya pokok tu tmbh lebat..tp nk tau cara jga spya bbunga.tq

Aida Awie said...

salam atie.. saya selalu tanamkan lebihan nasi yg basi di pangkal pokok. enzim nasi basi tu akan bertindak mempercepatkan proses pembungaan, tapi kena tggu pokok matang juga la... kalau beli pokok HSM ni, belilah yang banyak anak2. nanti boleh pecah2kan 2/3 pasu.Untung gitu..!