Click Here!

Pokok Kacang Botorku Sakit?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, April 30, 2012



















   Semalam seharian saya tak update blog ni. Bukan ape, banyak sangat aktivitinya semalam. Nanti-nantilah saya ceritakan ye. Pagi ni sebelum ke pejabat, macam biasa jenguk kat kebun belakang dulu. Siram pokok kasi minum pagi dulu. Sambil2 tu belek2 mana tahu ada ulat atau kerosakan ke... Bila sampai kat kacang botor, saya dapati daunnya macam bermasalah. Ada tompok2 kuning yang banyak dan cuma daun di sebelah bawah sahaja. Daun2 di sebelah atas semua ok jer. Kenapa ye?
Continue Reading

Kosong Lebih Baik

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, April 28, 2012



Adakala kosong lebih baik,kan?
Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Kebun Sekangkang Kera

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

    Pagi Sabtu atau Ahad rutin seperti biasa la. Mengemas rumah, kemas laman dan kemas kebun. Bila anak semaian dah bercambah, kena fikirkan mana nak tanam pulak. Pening juga dibuatnya. Tanah yang diperuntukan sekangkang kera je. Situ la nak tanam segala bagai. 
    Orang biasa macam saya ni jenuh juga nak memikirkan lanskap PLD. Tengok gambar2 kebun orang kat blog2 di internet, berkobar2 kejap semangat dalam dada. Tapi pandang balik kebun sekangkang kera tu, pening balik nak memikirnya. Masalah rumput liar yang tak segan langsung menunjukan diri lagi.. Sama bersaing merebut zat dari baja yang saya tabur. Dicangkul2 pun masih lagi menjulur. Bak kata orang, hidung tak mancung pipi tersorong2. Haih!! Haih!! dan haih lagi.. Cukuplah 3 kali mengeluh, tak baik. Rumput bukannya tercangkul sendiri. Pokok pun bukannya tertanam sendiri bila mengeluh. Teruskan je lah usaha yang dah separuh jalan ni. InsyaAllah, tak dalam masa terdekat ni siap, lama2 siap juga. Hari ni layan gambar kebun sekangkang kera saya jelah, ok?




Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Teknik2 Pengairan Tanaman Sewaktu Balik Kampung

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, April 27, 2012

* Entri ni khas menjawab soalan adeque. Harap dapat membantu.

    Saya nak kongsikan beberapa teknik penyiraman tanaman berpasu sekiranya kita tiada dirumah dalam jangka masa lama. Mungkin juga ada yang pernah mencubanya sendiri atau sekadar terbaca mengenainya. Tidak dinafikan ada beberapa teknik yang memang terbukti dapat membekalkan sumber air kepada tanaman. Idea2 ini saya dapati dari beberapa blog tanaman seperti blog tanamsendiri dan blog inovasi en zul.
   


    Gambaran di atas saya ambil dari blog inovasi en zul. Saya simpan sebagai rujukan saya sendiri. Saya tak pernah lagi mencuba namun dari gambaran yang diberikan saya pasti ianya berjaya membekalkan sumber air.




   Gambaran di atas pula saya lukiskan sebagai gambaran teknik dari blog tanamsendiri.~Maaf la kalau lukisan tak menarik. Teknik in juga mudah dipraktikan. Alatan serta bahan pun lebih kurang dengan inovasi en zul. Caranya:-
1. Tali dibasahkan. Hujungnya diikat pada dawai untuk menarik tali menembusi tanah tanaman dan keluar semula melalui lubang bawah pasu.
2. Satukan kedua hujung tali dan masukan ke lubang kecil yang ditebuk di tengah penutup bekas air. Tarik lebihan tali agar buntut pasu rapat dengan penutup bekas air.
3. Isikan air di dalam mangkuk dan tutup supaya tiada nyamuk dapat bertelur di dalamnya.
   Selain itu, pasu2 bunga boleh dipindahkan ke tempat terbuka supaya mendapat hujan. Dah dok tempat terbuka, kalau tak hujan juga, boleh minta tolong jiran jiruskan dari laman rumahnya. Jadi tak la basah rumah kita kena jirus. Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Buah Ajaib a.k.a Sweet Berry

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Pernah dengar buah ajaib? Buahnya berbentuk lonjong sebesar ruas hujung jari kelingking dan berwarna merah. Buahnya ada rasa seperti manis2.

Nama saintifik tak pasti, tapi omputeh panggil Sweet Berry. Buah ni kalau dimakan, akan membuatkan buah2 yang berasid tinggi seperti limau menjadi manis. Rasa manis mampu kekal dalam jangka waktu tertentu. Saya pernah cuba dan ternyata memang limau kasturi tu terasa manis sedangkan limau kasturi tu masam sebelum makan sweet berry.


     Pokok sweet berry ni saya beli dari nurseri Floranika di Sg. Buloh dengan harga rm8. Pokoknya jenis berdaun rimbun. Memerlukan kekerapan membaja sekerap mungkin bagi membolehkannya berbuah.


   Pagi tadi selak2 juga daun rimbunnya mana tau ada buahnya,kan? Selama saya menanam pokok ini, baru 2 biji je buahnya yang keluar. Selak punya selak, tak nampak pun buahnya. Tapi ada macam kutilan di setiap dahannya. Tak pasti apa, tapi kalau tu tampuk bunga buah... Wah, heaven la!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Wangi... Betulkah?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, April 26, 2012


    Malam ni saya duduk2 di taman bersama hubby. Orang kata bunga ni akan mekar mewangi pada waktu malam,kan? Ternyata baunya memang harum. Namun tidaklah terlalu keras. Memang sesuai sebagai terapi.
   




    Masa mengalih bunga ni ke pasu petang tadi baru perasan banyak anak2 yang baru nak keluar.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Cerita Petang Semalam..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

     Semalam, pulang je dari pejabat terus kejar ke tapak semaian.~ Ahaks! Tapak semaian la sangatt..kan? Bunyi tak mengalah, macam ke besar sangat je tapak tu. Padahal palung tepi tingkap ni je pun...


Dok kejar pun bukan pasal pe, pasal petang kelmarin hingga ke pagi lupa nak siram. Nak harap hujan pun, kalau lebat je baru tempias kena kat palung ni. Nasib baik tak mati kering anak2 pokok tu. Tanah pulak pakai tanah 1 Malaysia ni je, tak campur pulak dengan tanah satu lagi tuh.


Tanah ni macam pasir lebih walaupun tanah campuran. Cepat kering kalau tak siram 2 hari. Nak2 pulak waktu tengahari sekarang panas terik. Sian anak2 pokokku...
    Lepas siram, alihkan anak kacang panjang ke plastik tanah. Ni buat sementara je, sementara tapak kekal dia siap. Anak2 lobak putih pun alihkan juga dah alang main tanah tu, biar kotor sekali. Tak payah nak bersihkan tempat tu dua tiga kali. Lagipun anak2 lobak putih cepat betul membesar. Tak pernah lagi masak lobak putih ni, tak tau la masak resepi apa nanti.







Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Bunga Harum Sundal Malam

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

    Tadi singgah lagi di nurseri bunga kat Paya Jaras tempat beli ros jepun tu. Bukan pe, hari tu masa beli ros jepun terperasankan bunga ni. Cantik pulak bila tengok. Tapi nak beli masa tu, tak bawak cash lebih. Nurseri ni pula terima cash je, leret2 debit ni dia tak terima. Jadinya, disebabkan hari ni awal sket keluar rumah, jalan pun tak de la jemm teruk, singgah la sini. Beli 2 rumpun je. Serumpun harganya rm8, ada la tiga pokok dalam serumpun tu. Tinggi jugak pokok ni rupanya. Lebih kurang paras pinggang dewasa.

   "Kompom ini pokok bau wangi aa?" saya tanya kat bangla pekerja nurseri tu. Dia tunduk cium bunga yang sedikit kembang kemudian beria2 angguk dan jawab,"Konfem! Kaka kasi bau, sini ada sikit wangi. Tapi malam hari lagi kuat dia punya bau ada keluar." Saya tanya lagi,"Betul ka ini bunga nama harum sundal malam?" Saja nak test dia tau tak sebenarnya. Sekali dia jawab,"Ini orang kata hantu punya bunga. Pasal tu dia banyak kuat bau malam hari." Hiks! Hiks! Hiks! Mana punya teori da dia goreng. Kalau orang yang penakut dengar teori dia ni, kompom tak jadi beli.

   Petang ni nak alih ke dalam pasu. Biar dia membiak banyak sket, baru nak tanam sebaris kat taman tepi rumah. Pokok muraya tanaman pagar saya tu pun bila berbunga lembut je bau malam2. Jadi terapi stres, tapi orang tak biasa mesti tanya bau apa tiba2 mewangi je bila ada angin malam bertiup. Klakar juga bila kenang2 orang kita suka sangat percaya benda2 tahyul macam tu.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Pemberian Jiran~ Rezeki Jangan Ditolak

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, April 25, 2012

     Baru tadi Kak Linda, jiran rumah depan telefon nak hantar cili. Cili hijau tu ditanam sendiri di ruang

belakang rumahnya. Cili tumbuh subur dan mengeluarkan hasil yang tak henti2. Banyak juga yang diberikan memandangkan kebelakangan ni dia tak selalu memasak kerana berpantang.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Pokok Kari Mati Meninggalkan Waris

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Pokok kari di rumah saya ni asalnya diberikan oleh kakak ipar. Saya tanamkan di belakang rumah, tapi maklum saja tanah tambak kurang subur. Dari mula tanam sampai habis hayat besar tu la jugak. Macam2 masalahnya dengan serangan bena putih dan masalah kesuburan tanah lagi tapi akhirnya mati juga selepas dialih oleh hubby. Hubby pun dah bagitau awal2 dia terpotong akar pokok kari masa memindah. So sad after seminggu tengok ia mengering dan mati. Tapi tiba2 pagi semalam nampak anaknya. Entah sejak bila ia tumbuh, saya pun tak tahu. Apa2 pun saya sangat bersyukur. Kawasan kediaman saya susah sangat pokok kari nak tumbuh. Kalau ada pun tak besar mana, paras pinggang je paling besar.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Sawi Hong Kong

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Pagi semalam jenguk sawi nampak dah keluar bunganya. Pagi ni tak sempat pulak nak jenguk pasal dok kejar kerja kat office. Semalam tak sempat habiskan, so pagi ni kena gi awal sket.

   Ok, nak tanya pada kawan2 yang tahu dan berpengalaman tentang penanaman sawi ni. Kenapa set daun sawi yang paling bawah berdekatan dengan tanah selalu je rosak? Nak kata siput memang tak la. Lagi pun, daun2 tu jadi kuning dan melepek ke tanah. Daun2 bahagian atas elok pulak tegaknya.

Pening kepala juga memikirnya. Walaupun saya ni cuma tanam untuk makan sendiri bukan komesial, tapi kalau dapat cari solusinya boleh jugak dimakan daun tu.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Tunas Baru

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, April 24, 2012

    Mulberi yang saya cantas hari tu dah keluar ttnas2 baru. Ini tandanya tak lama lagi bolehlah kutip buahnya makan bersama yogurt. Best!

   Teringat pada cerita jiran depan rumah kami, Abg Am suami Kak Linda yang saya hantar bersalin hari tu. Ahad lepas masa kami dok kemas2 laman dan potong rumput dia ada datang berkunjung. Saja la datang borak2 dengan hubby masa berhenti rehat. Saya ke dapur dan keluar semula dengan sejag Teh O Ais Limau buat penghilang dahaga sambil2 borak. Ada la abang ni tanya pokok apa yang saya semai bawah bangku rustik tu? Kami bagitau la pokok mulberi. Tiba2 dia tergelak2, ingatkan kenapa la. Dia cerita la orang sebelah pun ada tanam pokok mulberi kat sempadan pagar. Pokoknya pun dah besar dan berbuah. Mula2 tengok buah beri tu dia ingat telur siput gondang. Dia dok fikir2 macam mana la siput tu boleh panjat tinggi macam tu nak bertelur. Masa adik dia datang, baru la dia tahu tu pokok mulberi dan buahnya yang disangka telur siput gondang.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Seronoknya Melihat Pokok Membesar- Kacang Botor & Ulam Raja

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

    Pokok kacang botor dah mula merimbun. Sulurnya pun dah pandai mencari pagar walaupun tempat memanjat telah dibina. Mungkin terlalu rimbun, dia fikir nak cari tempat baru.

    Ulam raja juga hidup merimbun. Tak dibaja pun boleh gemuk macam ni. Ternyata pokok ulam raja memang tumbuhan kendiri. Tengok betapa banyaknya anak2 ulam raja yang hidup di bawahnya. Benih ulam raja ringan dan mudah ditiupkan angin. Justeru saya selalu kutip dan taburkan dalam kawasannya sebelum diterbangkan  angin dan tumbuh merata2 tidak tersusun. Kalau tengok gambar yang akhir tu akibat lambat kutip la tu. Dia jatuh sendiri je.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Mawar

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Saya bukan penggemar tanaman berbunga seperti mawar walaupun tanaman sepertinya mampu menyuntik seri pada taman. Taman saya 90% terdiri dari pokok2 berdaun hijau. Pokok mawar ini pun dihadiahkan seorang jiran berbangsa Sigh yang saya panggil Uncle semasa saya mula2 mendiami rumah ini. Bukan sepasu, tapi 2 pasu mawar yang diberikan. Sebagai orang baru di kawasan tersebut, saya menerima dengan besar hati dan menghargainya. Ia tanda sebuah persahabatan.

    Pokok mawar itu saya baja dan siram seperti mana pokok2 lain. Tapi pendapat saya yang lebih suka menanam tanaman hijau dan berdaun, penjagaan pokok mawar terlalu kompleks dan teliti. Bukan setakat siram dan baja. Ia menuntut belaian dan masa yang lebih dari kita untuk membuatkannya berbunga. Selama setahun saya menjaganya, hanya sekali ia berbunga. Itupun selepas saya mencuba2 petua dari majalah kesayangan saya LAMAN, iaitu menanamkan kulit pisang yang telah dipotong kecil dan dijemur di sekeliling perdunya. Waktu ia berbunga, memang tak dapat saya nafikan kecantikan bunganya. Seronok melihat usaha yang sambil lewa begitu pun mendapat balasan yang indah. Kesimpulannya, pokok mawar ini bukan saja tanda perkenalan tapi juga mengajar saya agar bersabar menanti balasan setimpal setelah mencurahkan sedikit masa dan kasih sayang. ^_^


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Bilakah Baja Kompos Sedia Digunakan?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, April 23, 2012


    Semalam lepas aktiviti potong rumput2 sekeliling rumah barulah rasa luas sikit tanah. Badan pun mula rasa sakit2. Maklum, sesekali buat kerja macam tu memang sakit badan. Tapi kalau orang yang memang biasa tak de hal langsung. Rumput2 yang sudah dipotong saya kumpulkan sekali. Hubby nak bakar, tapi saya tak bagi. Saya nak jadikan kompos. Jadi diserahkan saja pada saya. Sambil menanti panas bertukar teduh, saya capai buku Seronok Bertaman keluaran Alaf 21. Selak punya selak jumpa artikel tentang penyediaan kompos.

    Waw.. Ini memang satu info yang berguna. Kita biasanya hanya menyediakan baja kompos dari rumput2 dan daun2an kering saja tanpa mengetahui bila baja kompos tersebut benar2 sedia untuk digunakan.

    Sila lihat dan baca dari gambar di atas. Kalau tak jelas, sila baca ni..

" Masukkan kayu di tengah2nya. Selepas itu keluarkan kayu tersebut dan periksa samada panas atau lembap. Jika panas bermakna baja kompos anda belum sempurna dan belum boleh digunakan."

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Lamb Steak Homemade

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, April 22, 2012

>Sedap tapi kuah masin sket..<

Itu komen dari hubby... :(

Tak pe, saya akan belajar kurangkan garam.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Aktiviti Hari Ahad

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

Layan gambar2 kitorang kemas dari taman depan ke belakang je la ye. Letih dah ni nak taip. Nak berhenti dulu mengemas, nak masak dulu. Perut pun dah bergendang.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Keterujaan Hubbyku...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

     Rajin hubby saya potong rumput,kan? Harap2 rajin la tiap2 minggu, bukan minggu ni je. :)


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Resepi Cucur Vege

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

Resepinya...


Bahan2 Campuran:

4 btg cili kecil-dihiris halus

4 btg kacang panjang-dihiris halus

6 biji kentang-direbus dan potong dadu

30g ikan bilis-direndam dan dipotong kecil

5/6 sudu tepung gandum

Garam secukup rasa

1/4 cawan susu segar

Air


Minyak untuk menggoreng


Cara2nya:


Campurkan kesemua bahan campuran dengan susu dan air secara sedikit demi sedikit. Panaskan minyak dalam kuali. Bentukkan adunan dengan 2 sudu. Goreng hingga kuning dan garing. Senangkan?


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Cantiknya Bila Ia Berkembang...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

    Subhanallah... Cantik sangat,kan? Memang tak dapat dinafikan kecantikannya bila ia berkembang. Nak semai lagi banyak2 supaya rumah saya penuh dengan bunga ni. Bukan susah pun nak menyemainya, petik je dan cucukkan ke tanah. Dalam sebatang tu boleh patah2kan jadi 2/3 keratan dan semai. Lagipun bunga ros jepun ni boleh dikacukkan. Bunga kacukan mempunyai warna yang pelbagai dalam satu bunga.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading