Click Here!

Panggilan Pangkor...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, January 28, 2011


      Dah lama tak ke sana ke sini. Dah lama tak makan angin. Dah lama tak berkumpul adik beradik. Semuanya keluhan hati yang akhirnya membawa kami ke sini. P U L A U  P A N G K O R . Ye, memang saya dan suami pernah jejak pulau ni dulu. Tapi tu dulu. Dengan keluarga sebelah saya. Kali ni dengan keluarga sebelah suami pula.

    Apa yang menarik di Pangkor ye? Ye, apa ye yang menarik selain aktiviti membeli belah barangan cenderamata. Mesti banyakkkkkkkkk aktiviti yang boleh dilakukan kat sana,kan? Ambil feel satu hari sebelum pergi.
Continue Reading

DIY Pelita Buah Sawit

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

    Salam Jumaat. Salam pagi. Salam sejahtera....

    Hari ni nak bagi info tentang kelapa sawit alang-alang minggu lepas dah meredah ladang. Kelapa sawit memang banyak kegunaannya. Macam juga pokok kelapa. Isirung kelapa sawit boleh diproses menjadi minyak masak yang korang buat goreng keropok, goreng ayam atau goreng ikan tu. Dulu mak mertua saya kata dia selalu buat bingka. Rasanya lebih kurang macam bingka ubi jer. Hampasnya pula boleh dijadikan makanan lembu.

    Lidinya boleh jadi penyapu atau lidi satay. Daunnya pulak boleh bagi lembu makan. Tandan dan pelepah sawit pula boleh digunakan sebagai sungkupan. Paling terbaru, pelepah kelapa sawit dijadikan sungkupan orang mati dibunuh kat ladang macam dalam berita TV3 tu. Tu kes penat nak gali lubang la tu. Kire sungkup-sungkup je dengan pelepah sawit, senang cerita. Hehehe... ~Sowi terbabas dari cerita asal..

     Banyakkan kegunaan kelapa sawit.. Tapi ada satu lagi yang mungkin korang tak tahu, mungkin jugak korang dah tahu. Rasanya kalau yang memang anak peneroka tu tahu la kut.

Buah sawit yang dah tak digunakan lagi.
       Korang tahu tak buah sawit yang jatuh ke tanah tu lama-lama akan jadi buruk macam gambar kat atas? So, bila dah jadi macam tu, nilai komersialnya dah tak de lagi. Tak de kilang yang nak dah walau seguni pun korang kutip. Diorang nak buah yang masih ada kaler merah merah hitam tu jer. Tapi buah yang buruk macam ni jangan pula terus tak pandang... Memang tak nilai kat kilang, tapi masih boleh digunakan lagi.


Sumber: Google
     Korang pernah buat pelita masa hari raya tak? Selalu kita guna minyak tanah,kan? Haa..kalau korang ada buah sawit buruk ni, tak payah bazir duit beli minyak tanah. Kelapa sawit ni boleh jadi sumber sumbu dan minyak untuk pelita korang.

Sumber: Google
     Tak caya? Cubalah cari sebiji, tarik sikit sabut dia. Bakar. Lepas tu letaklah dalam tin susu yang ditebuk beberapa lubang untuk kemasukan oksigen. Nak lagi cantik, lakarkan dulu objek pada tin. Contohnya, lakaran bunga, bintang atau rama-rama. Tebuk mengikut lakaran tu, mesti cantik punya pelita korang bila cahaya terpancar melalui lubang-lubang yang ditebuk tu. Cubalah!

P/S:  Kelapa sawit tu kena kering la ye... Kalau basah, sampai pagi esok la gamaknya tak menyala-nyala...  
        Hehehe..
Continue Reading

Yang mana satu...?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, January 27, 2011


         Yang mana satu pilihan hati? Dua-dua best, dua-dua mengancam.. Ini dia produk dari Tong Garden, Crunchy Almond Bite dan Crunchy Pumpkin & Pistachio Bite. Saya selalu beli dari Mart@Caltex on the way nak ke pejabat. Makan kudapan ni bila mulut saya rasa nak mengunyah. Selalunya dalam jam 3 ke atas. Sambil-sambil tunggu waktu balik. So, yang mana satu nak pilih ni? Oh, saya suka kedua-duanya !! Tamak,kan saya ni? Hehehe..

        Tapi seyes kalau korang rasa dua-dua bijirin ni, memang korang tak tahu nak pilih mana satu. So, mesti nak jadi tamak ambil dua-dua flavour sekali. Harganya pun tak la mahal sangat, RM2.90 satu. Ada dalam 50gram isinya. Kira berbaloilah beli sebagai jajan atau kudapan di waktu senggang. Lagipun ianya lebih baik dari korang makan jajan yang tak berfaedah,kan. Kan? Kan? Kan.....?
Continue Reading

Bongsai untuk CNY...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

     Pagi tadi, masa dok tunggu orang cuci kereta saja la merayau-rayau kat khemah jualan dari negara China ni... Pelik tengok pokok-pokok bonsai kat situ. Semuanya warna coklat gold macam pokok mati pun ada. Ingatkan pokok-pokok ni semua pokok mati, rupanya taukeh tu cakap pokok ni memang hidup dan diimport khas dari negara China. Warna pokok ni pun memang begitu, warna semula jadi. CNY ni memang suka warna yang gold gold eh? Ong katanya, kan.... 




           Tapikan, kalau satu dua pasu rasanya ok la kut... Tapi kalau banyak-banyak macam ni macam buruk la pulak.. kan? Dah la tu, mahal kemain regenye. Pasunye saja dah rm200 lebih, kalau dengan bongsainya sekali dah tentu makan ribu riban. Tak tau la kalau ada orang yang suka,tapi kalau saya rasanya tak berapa minat la kalau warna cam ni. Ala-ala taman musim luruh jer...

Continue Reading

Pagi yang tenang...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


   Hari ni pergi kerja dengan tenang. Best sangat dalam hati. Mood CNY dah start berputik-putik dah. My bos and semua orang dalam office dah start cuti. Tinggal saya sorang-sorang je kerja sampai Selasa nanti. Tu pasal seronok sangat tu..Hihihi...

   Tambah lagi seronok, Sabtu ni nak gi cuti makan angin dengan family sebelah suami.. Bestnye..Mood bercuti dah meresap dalam diri semenjak hari Isnin lagi... Nanti next week saya cerita la aktiviti kami dan ke mana destinasi Family Day kami ye?
Continue Reading

Mesranya Nora Danish dan Jejai di Jepun...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, January 26, 2011

Hari ni nak cerita pasal artis kesayangan saya la pulak. Macam best pulak tengok mereka bahagia begini. Hihi..

      Dah nak tiba bulan Februari pun. Sedar tak sedar je..kan? Sekejap je masa berlalu. Masuk bulan Februari nanti ramai la orang dok canang pasal Valentine's Day pulak.

      Tadi dok blogwalking sana sini, jumpa la gambar cover terbaru majalah Cosmopolitan. Majalah tu pun ada tajuk tentang cinta. Nora Danish -bila cinta datang lagi. Wah..sapa pulak cinta terbarunya tu? Ke.. Nora nak kembali bersama Jejai? Baguslah kalau camtu. Anak tu dah tentu dapat kasih sayang yang sempurna. Baru je  tengok gambar-gambar percutian mereka sekeluarga kat Jepun dari blog Beautifulnara. Happy betul. Mereka pun nampak mesra je... Saya suka! Semoga Allah menyatukan kembali hati mereka demi kasih seorang anak.
Continue Reading

Updated kebun plak...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Ni semua gambar-gambar bunga yang terdapat kat kebun sayur belakang rumah saya. Sekali jenguk-jenguk... memang buat surprise pagi-pagi hari. Maka setelah melihatnya saya pun ke pejabat dengan hati yang berbunga-bunga....

 Bunga Kuchai...




Bunga Ulam Raja...



Bunga Labu...


dan buah labu... masih baby lagi. Comel sangat... Ini la yang buat saya tersenyum sepanjang hari!

Continue Reading

Lagi gambar Rustic Garden..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, January 25, 2011

Saja bagi korang jealous. Lagi pun petang ni boring yang amat..So, tatapla lagi gambar-gambar ni ek.





Continue Reading

The Making of Rustic Garden

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


      Dah penat dah cari semua bahan untuk Rustic Garden kami ni. Sekarang masanya kita menghias dan menyusun atur segala yang telah kita kutip selama ini. Ok, sila lihat betapa gigihnya suami saya menyiapkan tamannya. Kegigihannya ni memang superb la. Saya pun masih nak merehat-rehatkan diri lagi dek kepenatan. Tapi rupanya dia gigihkan jua dirinya sebab masa kitorang dok tengah menjolok bird nest tu, sorang kawan baiknya dari sekolah lama dah tepon nak datang rumah. Isterinya yang baru habis pantang tak sabar nak datang rumah sebab dah terbaca entry-entry dari blog ni. Bagus jugak, siap terus taman ni. Kalau tak, haruslah tertangguh lagi. Hihihi..













     Dah siap pun...Tada!! Bak kata Watie, boleh la makan cekodok petang-petang kat sini... Cantik tak? Diharap dapat memberi ilham kepada korang sume untuk menghias laman rumah. Ingat! Untuk laman yang cantik, tak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang besar.

Saja jer xtra large kan gambar ni. Kasi puas sikit mata korang tengok. Ok kan?


Continue Reading

Terbaik dari ladang 2.. Nyaris dikejar lembu !

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


         Sejuk je mata memandang. Hijau betul paku pakis ni. Kalau la laman penuh dengan pakis ni mesti cun habis la. Tapi gayanye macam nak hidup kat tempat redup je... Kat bawah pokok kelapa sawit ni memang best punya port la. Redup + angin sepoi-sepoi + sunyi sepi... Kedamaian.

        Haa.. Ini adalah aktiviti mencari pokok bird nest dan pakis versi petang pulak. Siap bawak kereta lagi. Pagi tadi datang sini dengan motor je, tak puas nak ambil banyak. Boleh bawak satu je pokok. So, tu yang turun meredah sekali lagi versi petang pulak.




          Agak-agak la kan..Nak kami buat apa dengan tandan sawit tu? Kalau nak tahu, tandan sawit ni boleh jadi sungkupan yang baik untuk pokok. Letak je kat pangkal pokok dan ianya akan mengekalkan tahap kelembapan tanah di sekeliling pangkal pokok tu dan sekaligus mereput menjadi humus.



    Dah settle kerja-kerja mengambil pakis dan sungkupan, kami gerak pula mencari pokok bird nest. Kali ni memang bernasib baik, kat satu kawasan je kami dapat tiga pokok dengan saiz yang berbeza.  Ada la variety sikit. Cara nak mengambil pokok ni, senang jer. Kalau tinggi kena jolok dengan kayu sampai jatuh. Tapi susah sikitla pasal pokok ni memang mencengkam kuat kat batang pokok kelapa sawit tu. So nak kena ada kesabaran jugak. Dapat dua tiga pun dah heaven habis da rasanya...Ni pulak dapat bawak balik lima pokok. Memang walla lah!



        Lepas aktiviti menjolok pokok bird nest, kami pon keluar la nak balik. Bertembung pulak dengan sekumpulan lembu ni. Saya dok la snap beberapa keping gambar, tak teringat pakai baju kaler merah. Tau pun sebab suami saya suh masuk kereta, dia dah terperasan sekor lembu tu dok la tenung saya tak berkelip. Naseb tak kena kejar. Kalau tak..haru! Hehehe..


      Kalau nak tau, tu la lembu yang dok tenung saya tu. Kecik je. Lembu-lembu arah ke lain, dia arah ke lain. Sibok je nak enterframe dalam blog saya ni. Hihihi..
Continue Reading

DIY Meja Batu

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


  
     Salam semua. Pagi ni saya nak kongsi lagi projek DIY yang baru siap Sabtu lepas. Kali ni saya buat meja untuk minum-minum petang. Nampak tak batu-bata dan batu penutup longkang tu? Percaya tak semua tu kami kutip? Dah tahu dah mesti korang tak percaya kami kutip je batu-bata tu. Memang kami kutip pun di belakang bangunan kedai siap. Untuk pengetahuan korang, berjalanlah di belakang-belakang kedai di mana kawasannya baru dibuka kepada orang ramai. Pasti korang tak percaya bila tengok banyaknya benda terbuang yang korang boleh guna pakai semula. Contohnya macam batu-bata lebihan ni lah. Harus diingat ye...Jangan sesekali mengambil sesuatu yang letaknya di tepi pintu belakang atau yang masih berada dalam kawasan premis. Itu mencuri namanya. Tapi kalau dah nyata dibuang luar dari kawasan premis, bolehlah diambil.

   Batu penutup longkang tu pun bukan kami curi dari mana-mana longkang. Batu tu kami jumpa berdekatan tempat memunggah batu dulu. So, agak-agak ada la dalam 5 keping. Tak mampu nak bawa balik semuanya. Satu ni pun dah berat yang amat dah.



  Kali ni kita nak buatkan meja untuk kita minum sambil santai-santai hirup udara petang. Ingat lagi tak dulu kita dah ada bangku rustik, kan? So, meja pun kenalah padankan juga dengan tema rustik. Rustik ni bersifat sesuatu yang asli tanpa kemasan akhir. Kiranya kalau kita guna batu-bata tu tak payah dah nak plaster kat luar. Biar dia natural je.

   Ok, mula-mula kena la cari lokasi yang sesuai nak letak meja tu. Ini sebab meja tersebut akan berkedudukan tetap. Untuk projek ni, kami ratakan dulu tanah untuk tapak meja. Tujuannya korang pon faham la kan, kalau meja senget tumpah la air nanti.

    Setelah pasti tanah betul-betul rata, bolehlah atur batu-bata tu. Nak tahu rata ke tak, guna pembaris yang ada water level tu. Susun batu bata secara bersilang untuk mengukuhkan kedudukannya. Kami tak guna simen untuk projek ni supaya senang kalau nak ubah kedudukan meja tu. Tapi kalau rumah ada anak kecil, nak pulak yang tengah lasak... baik simenkan elok-elok agar tak mendatangkan kecederaan yang tak diingini pulak nanti.

Bila tengok sarung tangan putih tu teringat pulak kat satu dialog Raja Lawak minggu lepas.
~ "Kenapa MJ pakai sarung tangan sebelah je?"
~ "Sebab kalau pakai dua belah nampak macam pekerja kontrak." Hahaha..
    Lepas siap aturkan batu-bata menjadi tapak meja, bolehlah letakkan batu tadi. Berat batu ni. So, masa angkat kena hati-hati dan pastikan ianya seimbang.

    Dah siap pun meja kita. Sekarang dah boleh minum-minum.. Ops..Belum siap lagi. Takkan togel camtu je meja tu. Tak artistik langsung.


     Ok, kita tanam la sikit pokok bunga bagi meriah tempat ni. Pastu bolehla angkat batu-batu yang kita angkut dulu tu. Letakan kat tepi-tepi sebagai elemen hiasan. Batu-batu tu pun kalau disusun elok-elok boleh juga dijadikan tempat duduk. Yelah.. Bila dah ramai-ramai, takkan semua nak duduk kat atas bangku tu...Patah la dia,kan? Ok, bab menambah hiasan tu kita sambung episod seterusnya dalam entry The Making of Rustik Garden. Eceh.. Speaking omputih la plak..


Continue Reading

Terbaik dari ladang !

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


Eh..eh..Nak ke mana ni? Apesal sampai masuk ladang kelapa sawit ni?
   ~Haa.. Kata nak cari bahan untuk Rustic Garden? Kat sini la. Kat sini banyak sangat boleh dapat pokok free. Hihihi... Pokok sarang langsuir..Isk..Seram plak bunyinye. Tak mo la sebut tu. Kang datang plak dia malam kang... Kita panggil je pokok bird nest ok?


        Tengok tu... Pokok bird nest ni kalau kat nurseri jual dalam rege RM45. Yang besar cam ni le. Tapi kalau gi cari kat ladang, free je. Lagipun kalau kita ambil ni, tuan ladang tak marah. Pasal diorang pon buang jugak pokok ni. Pokok ni kan spesis parasit. So, kalau pokok ni bertenggek kat pokok kelapa sawit tu, habislah segala zat perumah tu diserapnye. Ok, kita tengok je cam ne suami saya gigih nak mencabut pokok bird net ni dari perumah.


Haa.. Dah dapat pun. Sekarang giliran saya pulak nak membersihkannya. Kena potong semua daun-daun kering dia. Tak la bersepah sangat. lagipun kena check jugak mana tau ada semut dah buat sarang kat busut dia tu. So, kalau ada semut, kena buang dulu. Tak yah bawak balik semut-semut tu. Kang habis rumah kita.



Pastu, on the way nak naik motor terpandang la pulak kat paku pakis tepi jalan ni. Cam cun jugak buat selit-selit tepi bangku tu nanti. Ambik la sikit.

Continue Reading